Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.....

Di ChocoQaseh, kami menyediakan pelbagai jenis coklat dengan bentuk, rupa dan rasa yang sungguh sedap setanding dengan yang ada dipasaran .....sesuai dijadikan hadiah @ cenderamata untuk semua majlis sama ada perkahwinan, pertunangan, cukur jambul, hari jadi, hadiah untuk yang tersayang dan diri sendiri....Semua coklat dibuat secara Handmade dirumah dan semestinya HALAL tanpa was-was....So apa tunggu lagi buatlah tempahan coklat anda sekarang.........

Tuesday, July 20, 2010

Bulan 7, adalah antara bulan paling sibuk...byk tempahan yang diterima, ada dari Kuantan Pahang, Perlis, Perak, JB, Kulai...sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor...penat rasa...tp nak buat camne, mungkin nie rezeki nk raya kot.... nie belum tempahan untuk raya yang menunggu.....walau pun penat, hati tetap gembira dan ceria sbb ini adalah sebahagian daripada minat dan hobi yang mesti diteruskan....disini ade sebahagian gambar-gambar tempahan yang sempat dirakamkan...so apa lagi....LAYANNNNN........

 Nie adalah tempahan dari Zana MOF untuk hari bahagianya dengan Adiey...Gift set untuk dijadikan hantaran yang bertemakan purple putih....Dikesempatan ini saya nak ucapan Selamat Pengantin Baru Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat...AMIN...

Sunday, July 11, 2010

Gift Set

Jambangan Bunga Sesuai Untuk Dijadikan Hantaran, Hadiah Kepada Yang Tersayang
Coklat Paraline 35pcs
Coklat Oreo 12pcs
Lolichoc The Littel Roses

Coklat Paraline Set 50pcs
Gift Set 15 pcs

Sunday, June 27, 2010

Majlis Bacaan Yassin Seksyen Bekalan

Gabungan Kad Ucapan Coklat Dan Coklat Paraline Setelah Dihias

 
Gift Khas Untuk Bos-Bos

Kad Ucapan Coklat

 Coklat Paraline Ekonomi Pelbagai Bentuk Dan Perisa

Pada 25.06.2010 (Jumaat), ofis saya ada buat bacaan yassin dan jamuan sempena kami menang naib johan 5S...CC saya bgtahu sape2 nak bawa "pot-luck" dialu-alukan....Dok pening pikir apela nak bawa esok nie, bebudak ofis bodek saya suruh buat coklatla, kad ucapan coklatla, ade yang suruh bawa coklat batik....hari nie plak gaji (24.06.2010-Khamis), balik ofis nak g beli barang umah n barang anak, sempat ke nak buat nie...pening....petang tue abis keje terus kuar g beli barang anak kt bangi, tengok jam dah pukul 11.00 malam, penat giler nie...tapi kerana tak mahu menghampakan kengkawan dan sebagai strategi promosi saya nekad buat gakla malam tue dan tido jam 2.00 pagi....inilah hasilnye....


 
Coklat Batik (Coklat + Biskut Meri)

Thursday, June 24, 2010



Terima kasih kepada Cik Saripah, Jab. Perangkaan kerana order dengan saya 2 biji kad ucapan dan 1 set coklat kotak....Kad ucapan father day di dedikasikan kepada suaminya yang tercinta, kad ucapan hapi besday dan coklat kotak sebagai hadiah kepada kawan sempena ulangtahun kelahiran.....ape2 pun saya berharap Cik Saripah berpuas hati dengan coklat2 saya dan order lagi nnt...:)

Monday, June 21, 2010


 

Order yang diterima dari offismate saya pada jumaat (18.06.2010). Terima kasih pada Tim dan Nur atas tempahan anda. Tim order coklat nie sebagai buah tangan kepada kakak ipar dan sedara maranya...Nur pulak untuk dibawa pulang ke kampung (Terengganu) sebagai buah tangan...Diharapkan semua berpuas hati dengan perkhidmatan saya..Terima kasih dan jangan lupa order lagi...



Order nie dari Shazwani, member office saya khas buat adiknya yang melangsungkan perkahwinan pada 18.06.2010. Dia order lolichoc pelbagai bentuk sebanyak 200pcs. Diharapkan semoga Shazwani berpuas hati dengan coklat saya...Terima kasih atas sokongan anda.......

Tuesday, June 15, 2010

Coklat pelbagai bentuk, rupa, inti dan rasa....sungguh enak sekali...sekali cuba pasti ingin lagi....Ermmmmmm